Tuesday, November 15, 2011

1 ke 3?

Assalamualaikum..:)



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Hati ini teringat tentang satu kejadian semasa berada di sekolah. Terasa hiba hati ini tatkala membayangkan betapa jahilnya diri ini meski telah meningkat remaja. Namun tatkala memikirkan betapa ramai remaja lelaki yang masih lagi berada di dalam kabut kekeliruan bergelut untuk mencari sinar sang ilmu agar dapat menyempurnakan hak Allah dengan sempurna, jiwa ini terasa disuntik dengan semangat mengharapkan saudara seagama bertemu jalan yang cerah.

Hari Jumaat merupakan hari yang sangat istimewa dan penuh fadhilat.

"Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah suatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allahh melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan." (Hadis riwayat Tirmizi).

Allah SWT juga telah meletakkan solat Jumaat (solat fardhu dua rakaat berjemaah selepas mendengar khutbah Jumaat) sebagai kewajipan kepada mukallaf (orang yang dibebani hukum syariah) lelaki. Hal ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran.

"Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkan berjual-beli; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."Al-Jumu'ah:9


Pengalaman yang dimaksudkan;

(Baru sahaja tiba di masjid..Kelihatan makmum-makmum di belakang mula mengangkat takbir.)

A: Alamak, orang da mula solat!

(Bergegas mencari saf namun disebabkan kesesakan yang melanda, sempat ikut imam ruku' pada rakaat kedua. Selesai imam memberi salam, terus bangun untuk ganti lagi 1 rakaat. Kemudian setelah selesai ganti rakaat rakan yang berada di sebelah menegur..)

B: Weyh, ganti 3 rakaat la.tadi ko masbuk an?

A: Eh, 1 ke 3?

(Disebabkan kecetekan ilmu ketika itu, A pon terpinga-pinga lalu bangun dan ganti solat Jumaat dengan 3 rakaat.)

1 ke 3 sebenarnya ni?

....................................................................................................................................................................

Kalau ikut situasi di atas, A patut ganti satu rakaat sahaja. Dia telah mendapat satu rakaat bersama imam kerana sempat mengikut ruku' bersama-sama dengan imam. Sekiranya imam telah bangun dari ruku' maksudnya dia telah terlepas rakaat yang kedua dan menyempurnakan solatnya sebanyak 4 rakaat kerana tidak mendapat solat Jumaat tersebut. Ini bertepatan dengan hadis berikut:

"Sesiapa yang mendapat satu rakaat daripada solat, maka ia dikira telah mendapat solat tersebut."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

A: Eh, habis tu camne pulak dengan ganti 3 rakaat tu?

Kalau solat Zohor berjemaah dan sempat mendapat 1 rakaat sahaja bersama imam barulah ganti 3 rakaat. Solat Jumaat ganti 1 rakaat sahaja.

Harap maklum tentang perkara ini. Sekian.


Rasulullah S.A.W. said:

"Conveys (the message from me; even if only one verse."

Wallahualam...

Source:http://muscom.iluvislam.com/?p=463







No comments:

Post a Comment

Popular Posts